Asia Pasifik

Pria Ancam Minum Darah Orang Aceh Ditahan di Tanjung Sepat Selangor Malaysia

Mercinews.com – Seorang lelaki yang memuat naik kenyataan menerusi rakaman video mendakwa telah membunuh beberapa lelaki warga Indonesia berbangsa Aceh dan meminum darah mereka telah diberkas polis di Tanjung Sepat, Selangor pada Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, lelaki berusia 31 tahun itu diberkas susulan rakaman video yang dikesan pada Isnin melalui aplikasi WhatsApp.

Menurutnya, pada keesokannya, satu lagi rakaman dikesan menunjukkan suspek dipukul beberapa lelaki yang marah dengan kenyataan tersebut.

Baca juga:  Di Malaysia 1.200 Orang Positif Virus Corona, 4 Pasien Meninggal Dunia

“Polis turut menerima satu laporan daripada orang awam yang mendakwa melihat satu kejadian merusuh di Taman Selat Damai Pandamaran, Klang melibatkan beberapa lelaki disyaki warga Indonesia.

“Bertindak hasil maklumat, pada hari yang sama sepasukan anggota JSJ Selangor telah menahan seorang warga Indonesia berusia lingkungan 30-an yang terlibat dalam rusuhan itu,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, polis turut menahan seorang lelaki warga Indonesia kira-kira jam 5.30 petang di Tanjung Sepat, Selangor Malaysia pada Rabu yang dikatakan individu bertanggungjawab merakam pembunuhan dan meminum darah mangsa.

Baca juga:  Imigrasi Malaysia Cegah Najib Razak ke Luar Negeri

“Siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan Seksyen 147 Kanun Keseksaan,” katanya.

[]

Sumber: sinar harian

Click to comment

Leave a Reply

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *